Wednesday, February 23, 2011

230211 Meat from Farm to Fridge

I baru lepas tengok video di salah satu blog kesukaan I Primajohnna





 Sedih gila tengok binatang kena buat macamtu. Kalau ye pon nak sembelih binatang, buat la dengan cara elok, sebagai contoh, sembelih ikut cara Islam, mesti menggunakan pisau yang tajam, mesti putus urat halqum dan merih. Janganlah dihempas kepala ayam tu ke lantai, ditembaknya lembu, ditendangnya lain. I nak petik statement di link ini TOKUYAMA DARUL IMAN

Ketika pernah seorang Sikh bertanya pada seorang Muslim , “Mengapa kamu menyembelih haiwan dengan cara menyakitkan iaitu dengan mengerat kerongkong dan tidak mengikut cara kami , secara sekali pukulan (jhatka) ? ” Dan dengan bergurau Muslim itu menjawab , “Kami lebih berani dan gagah kerana menyerang dari hadapan , bukan nya belakang ! “ .

Orang persoalkan kenapa tidak guna cara pukulan. Jawapannya adalah Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan . Oleh itu , haiwan tersebut tidak merasai kesakitan . Ketika hampir mati , haiwan itu meronta , menggeliang-geliut , menggeletar dan menendang , bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan .

I ni bukanlah orang bijak pandai agama sangat. Tapi, mendera binatang adalah berdosa dari segi semua agama. And it got me thinking,patutlah mat saleh memilih untuk jadi vegetarian, selepas tau tentang pembunuhan bintang untuk dijadikan bahan makanan. Yang dijadikan handbag tu, tak payah cerita la, lagi sadis  T_T

Walaupun I tau dekat Malaysia kita menggunakan cara Islam untuk sembelih ayam, tapi yang kita makan dekat KFC, McD tu confirm ke di sembelih cara Islam (I peminat fanatic Ayam Goreng McD Spicy). Sedihnya T_T I rasa I akan kurangkan makan ayam dan daging. Cuba untuk kurangkan, sebab kalau tak ambil nanti I tak cukup protein (alasan betul) I pon dah makin menggemuk macam dipam-pam. Bolehlah puasa ayam+daging+diet.

Harapan bulan March adalah diet (SIKIT 3kg pon cukup), exercise (seminggu 3-4 kali jogging lepas kerja) dan habiskan baca buku yang dibeli dekat IPOH.

(mata bergenang mengharap impian terkabul, heheheh)

Later alligator

I dan tya beberapa minggu lepas. :D

3 comments: