بسم الله الرحمن الرحيم
Its November already!! Yayy!! My favourite month. Weee!! Ok sebab I suka sangat November jadi dengan sukahatinya I nak cerita pasal Koh Samui. Weeee. Oh ye la ada masa sikit sebab le husband is away for a week.
*********************************************************************************
Day 1
I pergi honeymoon lebih kurang a week after our wedding reception. Pengantin baru lagi katanya hehehehe. Tapi yang sedihnya I demam teruk masa honeymoon! Demam yang sangat2, yang batuk sampai muntah2. Orang semua ingat I pregnant T_T sedih tau bila x pregnant tapi orang cka kita pregnant. Macam sekarang ni la, padahal aku gemuk nampak cam orang pregnant. Ok tutup cerita. Flight awal gila! Pukul 825 AM!! Kau bayangkan pukul berapa aku keluar rumah? Pukul 5 pagi ok call cab hantar kitorang dekat TBS, so naik ERL. Muka aku memang la mcm perempuan gila sebab dah la demam lepastu kena bangun pagi pulak. Oh ya, masa ni I masih lagi belajar pakai tudung. Masa ni pergi kerja pakai tudung, jalan2 masih lagi tak pakai. Tapi ntah kenapa pagi tu rasa macam nak pakai tudung. oh ya sebelum tu I have to tell you guys that my trip to Koh Samui is not very informative sebab I demam and kitorang memang x pergi banyak tempat. Sedih kan? :(
Sampai je Koh Samui, kitorang berpandangan satu sama lain sebab sebelah airport dia, adalah rumah orang yang pagar pon kira macam boleh breach la. Memang x sangka itu adalah airport. So bila turun je from the plane, ada buggy car to take us to the imigresen counter.
on the buggy car :)
Airport memang la sangat resort-like, seriously. Tapi servicr lousy gila sebab 2 counter je bukak. Pffttt. orang ramai gila ke!
Baggage Counter. Macam kat lobby resort.
Actually we bought the package from groupon. sebab harga memang sangat2 murah. RM2000++ for flight+airport transfer+4D3N stay di X2 Resort, Samui.. Memang murah gila sebab dapat Private Pool Villa. Weeee. Masalahnya aku demam, alahai :( Driver sampai lambat sikit, tapi driver sangatlah peramah. Airport to resort ambil masa 30 mins :). Airport dia kat celah2 kampung okayyy. Best gilaaaa.
Resort Carpark
Laki aku memang suka ambik gambar muka macam ni T_T
Resort Lobby! Eh ada minah arab! Hello!!
baby nak buaian macam ni dekat rumah boleh? *muka mintak pelempang*
bila masuk bilik jadi jakun jap. Whoaaaaaaaaaaaa. tanteknyewwwwww. tau2 je we olls honeymoon!! Hehehehe
toilet memang jenis open, bathtub, shower pon sama, takde curtain lansung. dah la baru kahwin malu lew nak bewak. hahahha. tapi, tapi toilet dia ada bidet weh!!!!!!!!!!!!!!!!!! seronok gila bewak ada air. takyah kesat2. hehehehehe
ahem2 bathtub boleh muat 2 orang *ok sekarang boleh lempang aku*
Yang paling best sekali private pool!!! Lepas check in je terus aku bukak segala benda terjun dalam kolam!! tak sedar diri demam. sebab tu demam tak elok2 masa honeymoon :(
boleh baca buku dekat sini *sejak bila kau ulat buku?*
Oh ye kitorang sewa motor ni for RM25 sehari. Cakap je dekat receptionist nak sewa motor. tapi rate dia mahal compare dengan skuter yang kitorang sewa a few days later, tu nanti I cerita. Lepastu kitorang lapar, pergi la Chaweng beach punya area. Ada la kedai india dekat situ, boleh la makan nasi briyani. Sedap! Tapi kan awal2 aku dah bagitau trip kali ni tak informative jadi jangan tanya nama kedai tu apa sebab aku ikutkan je ihan bawak pergi mana.
rindu suami kejap. hahahahaha.
Banana pancake nutella ni smpah sedap gila gila gila. dia mcm roti pisang sapu nutella. tapi bila I balik malaysia aku cuba beli roti pisang I try letak nutella nan hadi hah jadinyo! bonci den!! mengidam tau!! ok tak boleh sebut mengidam sekarang, sensitif. hehehe. ok pastu lepas melantak kita balik resort tidooooo.Day 2
Resort yang i duduk tu memang best. Tapi the downside is, the food is non halal. Masa breakfast kitorang makan cereal, and vege food je. Also toasted bread. Tapi syiokk minum kopi tepi pantai. Socialite sangat! *pukul kepala sendiri*. So I dah baca travel guide, dia cakap ada ada waterfall best dekat samui (macam la dekat Malaysia takde air terjun). Tapi I curious sebenarnya sebab I ada baca dekat internet samui ni ada masjid so meaning to say ada perkampungan islam la and semalam mmg terdengar azan dekat area tu. Tanya receptionist, dia tak tahu. Macam harammm. Sekali kan rupanya2 masjid tu sebelah resort aku je!!!! Ya allah punya lah happy sebab akhirnya jumpa geng. Eh? Hahahahah. Makan dekat gerai kat situ, sekali orang kat situ semua kecek kelate bohhh. They can speak Thai and Malay. Lagi la tok laki kawe sukoooo!! Pas lunch, kitorang pon gi waterfall. Please mind that their road is very dusty jadi amatlah digalakkan memakai mask masa bawak moto. Jangan jadi macam kitorang. Dah la I demam+batuk. Kena habuk lagi laa batu. Pastu I nampak la 1 simpang ni tulis waterfall. Pergi naik atas, kena tracking. Jauh gila, sekali rupanya waterfall tecik gila!! Air kencing kanak2 mumayyiz lagi deras *motif?* kecewa la weyh. turun bawak nampak gajah, Ihan pon gedik lewww nak naik gajah!! Pon boleh la layankan suami. Masa ni tudung I dah terbang sebab ahem cuaca panas gila2 and memang tau akan basah2. (ye saya budak baru belajar, sampai sekarang masih tatih2 lagi nak pakai tudung)
ada gaya king and queen of thailand tak? ok boleh muntah sekarang
pastu macam haram panas, lalu kitoang nak balik, pastu boleh tak rupa-rupanya waterfall yang di war2kan tu sebenanrnya kat tempat lain. WTF?? Kitorang pon cuba lah kesitu sebab tak jauh sangat pon. Nak g waterfall tu kena naik 4WD. Sila rujuk gambar dia atas. Tapi kan, 4WD hantar sampai kaki waterfall je. pastu kena mendaki. Give up la aku!! Last2 cakap ngan ihan, balik aaa jom! waterfall kat malaysia pon ada baby.
Petang tu kitorang merempit pergi chaweng beach lagi. I siap buat body massage kat pondok tepi laut. Full body massage RM30! Kat malaysia tak dapat derrr. Pastu kan I memang terbaca pasal grandfather/grandmother rock, pastu kitorang rempit ke sana. Oh ya nak beli souvenir kat sini pon murah. Serious beli dekat sini okay. Apa itu grandfather/grandmother rock?
Tadaaa!!!! Batu yang menyerupai *ahem* organ lelaki. yang perempuan punya memang I taknak upload. Malu lewww. Hahahahaha. Balik tu kitorang makan dekat kedai makan malay muslim. Tak ingat apa dah nama dia. Kan I dah cakap mmg sangat x informative. Tapi, tapi, I ada ambil no phone!! Weeee baik tak sayaaaaa!!
Boleh sewa macam2. Kitorang sewa motor kat sini RM20 je. Caisss . Murahkan. Ada gak chalet kat sini harga RM60. Kat sini memang makan seafood je la. Oh ya kalau dari airport nak pergi sini, boleh je korang call no di atas ataupon bagitau taxi nak pergi Ha Thanon. Memang rasa selamat rasa kat KB la kalau kat sini. Hehehehehe
Kedai biasa je tapi makanan sedapp
Macam ni la hari2 Ihan makan, tapi tak tahu man lemak2 dia pergi :( pergi kat I kot :(
Day 3
Kitorang ambik snorkeling package. But basically i didnt enjoyed it because DEMAM BATUK dan setaraf denganya i was feeling sick! tapi sebab dah bayar kan! Layan je laaa.. Pakej snorkeling boleh dibeli dekat sepanjang chaweng beach. Quite expensive tapi considering that free breakfast, complete snorkeling gear, naik boat 2 jam pergi lain pulau, pastu snorkeling and singgah 1 pulau ni lunch for free (you have to tell then you're muslim nanti dia sediakan lain lauk) and then sambung snorkeling, ok la kot harga dia. Eh ntah, tapi layankan je laaa. Bila lagi nak pergi sini kan! Tapi i was seasick!! dah la demam kerja gila pergi snorkeling
balik je ke koh samui aku dah melepek tak leh nak gerak. tapi kena keluar gak makan malam. pastu singgah lagi chaweng nk makan banana pancake. tak habis2 hehehhe.
Day 4
Pagi sebelum balik tu kitorang mandi pool and bath tub sepuas-puasnya!! Weee. Pastu dapat call driver dah smpai. Ok penat aku menaip. Ni gambar departure airport dia. bangunan lain2 ok!
pergi pakai tudung. balik togel. tapi sekarang saya dah tak free hair dah kalau jalan2. harapnya berterusan. Insya-Allah.
bersih gila airport. Kena jalan kaki pergi boarding hall. tapi mmg best, kedai cantik and bersih.
lupa nak bagitau kitorang naik bangkok airways. memang superb la the service. free food and sediakan desktop boleh surf internet while we're waiting for the plane to arrive .
*********************************************************************************
ok settle dah ghutang koh samui post! next time i'll makke sure my holiday will be very informative! bawa notebook weyh!!
Till then!!


.jpg)









































